"english?"
saya tanya lelaki arab sebelah saya dalam penerbangan pulang ke malaysia.
"no english. only little." dia buat isyarat tangan 'sikit'.
datang malaysia tahu bahasa arab saja, good luck lah kau. maka bermulalah perbualan itik ayam kami.
"malaysia, halal?" dia buat isyarat makan.
"yes. a lot. but we have chinese restaurants too. some are not halal."
"chinese?! chinese in malaysia?"
"yeah. we have indians too."
"really? why?"
"yes we have chinese and indian."
ya ya saya tahu itu bukan jawapan. tapi dalam keadaan itik ayam ni takkan kau mahu cerita sejarah kemerdekaan malaysia semua. saya tak mahu terjebak dalam kerja gila.
"what's your name?" saya tanya dia.
dia geleng kepala.
"ana Abdul Haq," saya letak tangan di dada saya. "enta?" saya tunjuk tangan kepada dia.
"oh! name, name. ismi #####"
obviously saya tak ingat nama dia. tapi lepas itu dia ambil pen, dia conteng di meja makan gambar bulan sabit.
"name, moon." dia tunjuk awan.
saya angguk. nama itu akan pelik bila dimelayukan. bayangkan nama anak kau 'Bulan Sabit', dia akan dikecam sepanjang zaman persekolahan.
"daughter. name ####. perfume. perfume."
"beautiful names you got!" saya puji.
dia geleng kepala. arghhh!
"name, good! gooooooddd, gooooddd"
saya ada feeling yang memanjangkan huruf belakang akan membuat arab familiar dan faham lebih. sungguh tahi pemikiran.
"thank you, thank you."
dia cakap sesuatu dengan isteri di sebelah yang memegang bayi, seronok saya puji nama dia kot. padahal dia tak sedar dia baru saja conteng meja lipat flight.
"in malaysia, beware of pickpockets." saya ingatkan.
dia geleng kepala.
"steal money. steaalllll. steaalllll." saya buat lagi feeling saya.
saya buat gaya mencuri. hulur tangan, cubit, tarik. ada kemungkinan dia fikir saya sedang memaksudkan perkara lucah. ada kemungkinan.
"steal? must be chinese."
"noo. muslims!" saya gelak.

4 comments:
nama dia hilal ka?
kau tahu arab? then most probably, yes
lawak ada bakat berkarya komik
haha berat!
Post a Comment