Thursday, July 14, 2011

Cerita Kuala Lumpur

"Dari mana ni adik, bawa beg besar belakang tu?"

saya senyap beberapa saat. pilih jawapan sesuai.

"tak lah, kecik je."

abang tu diam. saya pimpin lengan dia

"dari mana ni Bang?"

"Oh saya pergi persatuan tadi. ni nak balik Wangsa Maju. Adik ni dari mana?"

"jalan dengan kawan tadi."

kami berbual lagi. ketidakmesraan petang di Kuala Lumpur itu kami redah seupaya kami. okay itu macam ayat cerpen.

beberapa minit lepas itu, kami sampai di KL Sentral. saya hantar dia ke kaunter tiket LRT.

"Abang pegi Wangsa Maju ke? saya bayar lah."

"xpe adik," dia diam sekejap, "abang half price."

dia senyum. saya senyum juga, walau tahu dia tak nampak.


***


"Abang dah tunggu dulu ke tadi?" Brader teksi tanya.

saya angguk.

"itulah, diorang ni memang kurang ajar sikit Bang."

tadi satu pasangan berebut teksi dengan saya. orang kita hanya reti beratur di KFC dan McDonalds. tapi; yang hak saya, saya akan tuntut.

"customer banyak hari ni?"

"boleh lah." dia jawab ringkas.

"Bersih hari tu, macam mana? customer takde ke?"

Brader teksi senyap kejap. ambil lajak.

"kurang sikit la." dia jawab.

"yelah orang demo kan." saya balas balik.

"Bersih 2,3 jam je Bang. habis demo orang balik la guna teksi. kalau polis tak sekat KL sampai macam tu, customer ramai je."

"Abang pergi ke haritu?" dia tanya saya.

lepas itu kami borak. rancak betul. dia lah yang rancak. saya ada perasaan bahawa setiap Brader teksi di Kuala Lumpur dulu adalah pemidato sekolah.

"Abang baca ni ke?" saya ambik, belek-belek surat khabar atas dashboard.

"a'ah. dah tak beli Utusan."

saya angguk. perkara normal kita angguk saja, tak perlu didebatkan.

"tapi saya terbalikkan macam ni la biasanya."

dia lipat kasi tulisan 'Harakah' itu berada di bawah, baru dia letak di atas dashboard. tak nampak dari luar.

"takut kena tangkap ke?" saya tanya.

dia gelak.




10 comments:

Anonymous said...

"PERKARA NORMAL kita angguk saja, tak perlu didebatkan."

part ni aku LOL...hahahaha..mmg TERBAEK!!

Anonymous said...

santai..nice shoot.. !

weed something out said...

menarik.

Siti Salha Rosman said...

Tapi sekarang orang dah open, nak baca Harakah di bus stop pun takde lah kena tangkap.

Haq Mohaidin said...

anon1: gembira menerima komen prtama anda selepas 2 bulan bercuti (walaupun anda anon)

anon2: komen anda pun santai, thanks!

WSO: aku jumpa nama penek kau, WSO. suka x?

Salha Rosman: yep, i was just kidding when i said that :) thats why he laugh

herman rawi said...

how did he know you were carrying the huge bag?
haha. haq! rindu kau

Haq Mohaidin said...

i think i overly leaned to his arm bile pegg lengan dia. so mcm aku tgh carry somethg heavy at my back. sbnye bag lit'el small je :D rindu ko juge!

cityiklan said...

baca harakah pun kena tangkap
dunia-dunia..

Anonymous said...

You are back.I like!

Azri said...

Baru baca. Nice lah. Paling best part brader teksi adalah pemidato!haha