Monday, May 16, 2011

Pejuang Melayu Huha Huha

Pejuang Melayu Huha Huha: Kisah Memerangi Petualang Seluruh Alam

meracau-racau dia di keliling pasar. orang keliling dah meluat nak layan. dulu anak dara-anak dara takutlah juga mahu dekat, sekarang sudah buat tak peduli. gempal macam itu nak buat apa pun susah.

"kau paderi kristian, nak perang salib mari!"

nyonya tengah goreng kerepek ternganga tengok, disuruh anak kecilnya masuk rumah. nak dimarah pun tak guna, laporan polis tak guna, surat khabar siar benda tak guna. kita dalam kitaran tak guna sekarang. menteri atas tu paling tak guna sekali.

"jangan ingat melayu diam sebab melayu takut! ini jihad!"

bergoncang-goncang pipi dia. budak tengok gelak. pakcik-pakcik melayu tengah main dam, dari tadi buat tak nampak.

sekarang orang pening makna jihad. jihad tu apa benda? agak-agak sokong menteri ampu amerika bunuh osama jihad ke. kalau yang teruk pun jihad, yang biasa-biasa macam minum teh juga jihad. kan susah! definisi pun tak lepas.

"petualang Anwar, tali barut amerika!"

"komunis dah masuk negara, nak rampas negara! Anwar sokong komunis, Pas sokong komunis!"

pulakk.

mamak tengah tebar roti geleng kepala. pandi kutty!

"sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua dulu akan mati di hadapan bergelimpangan darah!"

***

"medan perang jadah apa ni?"

"entah."

pakcik melayu makan buah dam kawan dia. mintak-mintak kira jihad.

"siapa tu?"

"entah. Bang Berahim. yang lompat-lompat tu."



3 comments:

Kelon Eric Bana said...

hari tu aku terserempak dengan makhluk ni dalam lif hotel renaissance.

"tekan butang 15, please" kata seorang lelaki boroi berkulit hitam manis dengan songkok tinggi tiba-tiba.

"tak boleh lah, tingkat atas kena guna card", balas aku.

"owh sorry, sorry" katanya berulang kali.

Susah payah dia keluarkan card tu dari poket depan dan paskan kepada aku.

Sampai tingkat 8, aku belah gi gym.

dalam hati aku cakap, "bila nak PERKASA kan Bahasa Melayu entah!"

Anonymous said...

bagus haq. aku ada tengok video dia bagi ucapan dekat youtube. MEMALUKAN gila. buat dosa je memalukan islam.. orang macam die ni patutnya di kenakan apa2 sebab mengancam keamanan negara, tapi haish.. susah nak cakap. Malaysia Kan Boleh..

Anonymous said...

tiba-tiba aku harap[ ada laksamana sunan dekat sini... haishh...