kau orang pernah tak wonder kalau kau orang ada anak kecil, mereka dengar buletin TV3 kemudian dia tanya kau.
"ayah, sodomi tu mainan ke?"
takkan kau orang nak jawab, "ya anakku, sodomi tu mainan orang bernafsu serakah songsang."
sebab nanti panjang pula pertanyaannya, kau juga jenuh nak menjawab. lagi risau nanti dia buat presentation di hadapan kelas bertajuk 'Mainan Baru Saya di Rumah', kan naya kau nak ambil report card hujung tahun nanti.
jadi saya sudah fikirkan bagaimana.
pertama, jangan sekali kali kau sebut nama siapa siapa. kalau nak ambil contoh nama pun, jangan mengada nak ambil nama yang close seperti Sayi-Fui. dengan anak kau boleh la kelentong itu nama jepun. tapi bila anak kau present di hadapan kelas, kau masih naya.
kedua, gunakan benda yang mudah difahami anak kecil yang masih tidak korup. seperti teddy bear.
"ini adalah Teddy Bear. suatu hari, dia rasa ada orang menyentuhnya dari belakang."
kalau dia tanya 'sentuh' tu macam apa, kau cepat-cepat buat-buat jawab telefon, dan stay dalam posisi bercakap-cakap dengan telefon sampai dia lupa apa yang dia tanya tadi.
"Teddy Bear rasa malu. dia tidak mandi berhari-hari sebab nak simpan bukti."
kalau anak kau tanya bukti apa, kau jangan jawab sebaliknya kau membebel "itulah abah dah cakap jangan malas-malas mak suruh mandi." kemudian tambah dengan kepentingan mandi setiap hari dan mendengar cakap mak.
"Teddy Bear pergi ke hospital ingin mencari bukti di belakang badannya."
penting untuk kau buat posisi teddy bear itu seperti dalam gambar di atas supaya anak kau faham bukti yang dicari ada di belakang. sebentar lagi, kau akan buat anak kau keliru sikit, untuk kebaikan dia juga. kalau perlu, guna sedikit kekerasan. ingat kau buat semua ini supaya anak kau kekal tidak korup dengan kekotoran dunia.
"semua orang sibuk mencari bukti di belakang Teddy Bear."
"Teddy Bear pergi ke hospital lagi. tup tup ada 3 DNA sperma berbezalah, ada perhubungan oral lah, lepas ini entah-entah laporan mengatakan bahawa Anwar sebenarnya seekor ikan kaloi species Osphronemus Goramy."
yang ini, kau saja bagi dia pening supaya tak bertanya banyak sangat. lebih banyak perkataan saintifik kau guna, lagi mudah kerja kau. kalau dia tanya juga kau boleh terus kepada back-up plan, "eh, dah lewat malam ni pergi tidur." walaupun ketika itu pukul 6 petang.
"Teddy Bear juga mengangkat sumpah. itu urusan dia dengan tuhan ye, nak."
sebelum dia sempat bertanya apa-apa, kau potong dengan "anak abah baca quran je tau, bukan angkat-angkat sumpah guna quran." dan tekankan kepentingan membaca quran sampai dia mengantuk. ingat, kau perlu pantas!
"dek kerana perkara itu, Teddy Bear menjadi sunyi. perempuan pun taknak dekat."
masa tu kau dah boleh senyum, semua sudah setel.
kau masih perlu tekankan basic seperti lelaki kena kahwin dengan perempuan dan sebaliknya, walaupun kau tahu anak kau akan korup juga dan menjadi lebih advance tanpa kau ajar dalam beberapa tahun. akhir sekali, tepuk tepuk kepala anak kecil dan minta dia tidur tanpa berfantasi lebih-lebih.
lagi 10,20 tahun kalau ada lagi siri tuduhan liwat, suruh anak kau pula yang rujuk blog ini.

24 comments:
Ko baru beli tedi bear ke weh? Hahaha
aduhaaiii lawak lah cerita teddy bear ni..time nak angkat sumpah tu, alahaiiii, innocent gilaa mukaa..
papepun,teddy bear putih tu memang cute lah!
nice!
full of sarcasm
peh..penguin tu...
yg len2 tu phm, tp sodomi?!
TAK PAHAMMMMM!!
Tak tahan layan cerita ni.. klaka gile. kem salam kat bear cute.
p/s; jgn letak nama Bear start ngan huruf 'S'
comel. sindiran yang baik. tapi kalau kau tulis benda ni untuk lawak, aku tak rasa lawak sangat.
dai: oh bukan beli, dapat. sedap tu peluk walaupun rasa kurang gagah sikit ada teddy bear.
norain ishak: haha itu no komen la time angkat sumpah tu. benda besar tu.
anony: thanks lah.
nazmi: hahahahahahahahhaha. pinjam wehh. aku nk ckp tp smlm kau tdo awal.
iiyo: er, kau xphm sodomi maksudnya kau xpaham the whole post la. penat aku tulis oh.
misshazzi: adakah anda cikgu saya sekolah dlu? sbb ada cikgu nama sama dgn anda, kalau dia baca ni segan lah.
kash: depends kash, komen2 kat atas didnt agree with you pun. dan mmg aku buat utk lawak, sbb kalau ikut kes ni byk sgt benda yg kita boleh buat gelak mcm contradiction keterangan, sorok maklumat etc. n ni kes high profile, xkn nak expect semua orang diam xle cakap apa2 atas alasan aib blablabla. sori aku xpercaya.
xpela. aku skeptic n agree je dgan ko.. cuma aku x gelak. tu je.
haq, nama bear ko ape? sayfool ke? hahaha
sumpah aku rase nak terajang kepala lutut kau,hahahhaha
ad: nanti aku fikirkan nama yang lebih comforting utk dibawa tidur. haha.
juek: kau tetap pemberi komen paling ganas di sini juek.
kash: orait. kau ok ke bro?
namA bear tu Beary Bear. ;P
pergggh...haq ad teddy kot...
sebenarnya post ni kau saje nk tnjuk tedi bear baru kan haq? haha
anony: tak, nama dia Cami. cami cami. sempena nama housemate yg paling comel.
anony2 & kina: okay sekarang aku rasa sangat tak selesa
saiful jambu aku.jangan kacau! :p
haha...npe ko rse x selesa lak...bkan ke mlam2 ko indah bersama Cami tuh...
ekroy: keloj yang sekular gila kau. hahahhahahahahhahahahhahahahah.
anony: indah jugak la, tapi kau sekali lagi buat aku tak selesa. dah2 taknak layan kau dah.
haha...aku saje nk kacau kau je...da skian lame ak memerhati blog kau neh...hr ni bru ada topik nk pngkah kau...
hahahahahaXD
serius lawak sgt sebab pic teddy tu innocent.
ksian dia tpkse jadi sayi-fui:D
wei, aku phm kot. yg mamat nm shitfull tu kn? tp term sodomi tu mmg aku xphm.
ko sanggup ke bawak bear ni masuk tidur untuk dipeluk-peluk kalau ko namakannya Saiful?
tapikan, lebih elok kalau dikaitkan dengan Nabi Luth dan pembalasan yang Allah beri pada kaum itu
Post a Comment