Sunday, January 30, 2011

Pizza delivery yang lembab di Nottingham dan bagaimana ia boleh menyebabkan tragedi pembunuhan beramai-ramai yang dasyat di Malaysia


29 Januari 2011

"hello.. yes..ordered 2 pizzas to Greenfield Street."

"already delivered. already." loghat Pakistan. susah gila nak faham.

"no, i ordered..."

"sir, already delivered.."

"yeah? i ordered at 1 am."

tengok jam. sudah pukul 2 lebih. bila perut lapar, potensi diri semua keluar. tak percaya tanya Mahatma Gandhi. kurus dia bermogok lapar, seluruh india dibangkitkan. jangan tanya Rosmah, kita kena pandai kategorikan kurus dan debab.

"oh, god.... don't worry don't worry, it will arrive in 20 minutes."

lepas itu saya tunggu lagi hampir sejam tak sampai juga, saya call lagi. dia cakap lagi 5 minit. kepala dia.

"u're late." dia buka pintu sambil bising bising dengan delivery boy.

delivery boy pakistan.


***

mula mula, kita kena faham butterfly effect. kepakan sayap seekor rama-rama kecil boleh menyebabkan taufan besar beribu batu jauh, bertahun kemudian.

contoh. jika Hussein memilih untuk tidak duduk di Pekan, Pahang; maka anaknya, Razak tidak akan membesar di Pekan; maka Razak takkan berjumpa dengan isterinya di kampung Pekan; maka mereka takkan berkahwin; maka anak mereka, Najib takkan wujud; maka perdana menteri kita sekarang bukan Najib; maka Rosmah bukan isteri perdana menteri; maka tidak wujud division FLOM di Malaysia.

nampak butterfly effect? sebab Hussein pilih untuk duduk Pekan zaman 50an, FLOM wujud pada tahun 2011.

***

29 Januari 2041

delivery boy pakistan sedang duduk tenang di atas kerusi. 30 tahun dia berusaha keras untuk duduk di kerusi berpengaruh itu.

"dapatkan emel seramai mungkin orang Malaysia." katanya pada setiausaha.

terimbas kembali kenangan 30 tahun dulu bagaimana seorang Malaysia marah dia hantar pizza lambat. nak cari orang Malaysia seorang itu, tak jumpa. konsepnya mudah, kalau tak jumpa seekor lipas, kita spray satu rumah.

"mana nak dapat emel banyak-banyak ni tuan?"

"apa kau ni bodoh sangat? mintak kat Media Prima la."

"baik bos."

"suruh mereka berkumpul satu tempat, cakapkan aku nak bagi duit."

dibiarkan setiausahanya berlalu. dendam perlu dilunas. dalam kepalanya tengah fikir mana yang best; bom ke machine-gun.


berkaitan: klik ini. pergi ke review, transaksi 29 Januari 2011.


6 comments:

Anonymous said...

teringin nk tny..kau nk sape jd PM sbnarnye?

herman rawi said...

abdul !

Anonymous said...

FLOM tu patot ganti dengan FMLOM.

Yang juga membawe maksod 'first mad lady of malaysia'.

the very first lady yg claim dirinye first lady of malaysia same sahaja dgn mad lady.

for god sake malaysia bukan negare republik. apelah si debab ni.

Anonymous said...

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

cube bace blog ni. boleh tahan bebal gak penulis die.

asmam said...

dalam entri sebelom ni ko ada cakap xnak mention dah pasal doralin...

Haq Mohaidin said...

anony: dulu pernah jugak orang tanya ni. dulu aku jawab, nik aziz yang muda. sekarang aku dah logik sket, jwpannye, siapa2 pun aku akan sokong jadi pm kalau dia islam yg bijak dan amanah. cina india pun boleh xde masalah.

herman: aku boh nama full oh sbnanye dgn nama ayah skali.

anony: tulah. seseorang pernah jerkah depan muka dia benda ni, baru dia dengar.

anony2: ITU ADALAH BENDA PALING BODOH AKU PERNAH BACA. TERIMA KASIH.

asmam: arghh! terlupa!!