kali ini pilihan raya tidak semenarik tahun lepas. presiden pun sudah menang tanpa bertanding, apa jadah.
perkara di bawah akan dikemaskini sehingga saya puas.
1. malam ini malam manifesto. siapa buat perangai pelik atas pentas, saya undi. seronok kot tengok perkara pelik. saya suka tengok calon bakar duit. dan untuk malam ini, barang siapa yang menyebut sepatah perkataan "1malaysia" saya takkan undi. muktamad.
2. saya boleh janji, lepas seorang calon bercakap bahasa melayu, semua calon malay-speaker pun akan cakap melayu. saya sangat suka jika calon itu berbahasa melayu kerana dia yakin, bukan sebab dia rasa selamat tak perlu berbahasa inggeris lagi kerana calon sebelum dia sudah berbahasa melayu.
3. perkara bullshit berlaku secara berleluasa di akhir zaman.
4. "walaupun malam ini saya demam (letakkan belakang tangan di dahi), saya tetap naik di atas pentas ini demi anda semua!" sila tafsir sendiri.
4. calon sport exco selalu mempunyai idea supaya manifestonya dikenang lama-lama. idea kreatif exco sukan tahun lepas, 'portable bicycle untuk memudahkan maintenance.' idea kreatif exco sukan tahun ini, 'court futsal simen untuk menjimatkan kos.'
5. kepada seorang pemberi soalan, tindakan anda mempermainkan ucapan "assalamualaikum" itu mungkin akan melukakan hati dan mendatangkan ketidakselesaan kepada gadis-gadis bertudung labuh yang hadir pada malam manifesto itu.

